Saturday, September 12, 2009

GELOMBANG RINDU


Kali ini mari berbicara tentang RINDU. Bagaimana hendak mengurus rindu? Adakah dengan menangis, termenung atau tersenyum? Mungkin ada yang mencari jalan menghubungi insan yang dirindui itu, menelefon, menghantar sms, memberi emel atau datang menziarahinya. Bagaimana kiranya semua itu tidak dapat dilakukan? Adakah perlu menjerit di luar tingkap atau di atas bangunan dengan melaungkan 'aku rindu padamu'?

Lucu bukan. Tidak mustahil juga ada orang yang sanggup tidur sepanjang hari mengharapkan dapat bermimpi orang yang dirindukan itu. Gila. Atau apa saja sebenarnya sanggup dilakukan untuk melepaskan rasa rindu itu.

Lumrahnya bila berjauhan, pasti rasa rindu akan hadir.

Apabila teringatkan seseorang, sampaikan rindu itu melalui perantaraan Allah iaitu dengan menyedekahkan al- Fatihah kepada beliau. InsyaAllah, beliau juga akan teringat akan kita. Begitulah juga, cara ini boleh diaplikasikan untuk sesiapa saja. Tatkala rindukan ayah bonda, sanak- saudara, jiran tetangga atau teman di desa, sampaikanlah al- Fatihah kepada mereka disamping mendoakan kebahagian mereka.

Saya percayakan kuasa gelombang. Gelombang yang bergetar membawa khabaran rindu dari hati ke hati biarpun berjuta batu nautika jarak antara keduanya. Sering saja bila saya menyampaikan rasa rindu yang teramat sangat kepada orang di sana melalui perantara sms misalnya, balasan yang diterima biasanya si dia juga sedang sangat mengingati diri saya pada waktu itu. Saya yakin gelombang rindu yang saya sampaikan itu lebih dulu tiba dari sms yang diterima. Atau mungkin juga rasa rindu yang saya rasa itu hasil dari gelombang rindu yang disampaikan oleh orang di sana itu. Subhanallah. Menarik bukan? Saya kadang2 malas nak hantar sms.. tapi rindu sangat kat kawan saya, apa yang boleh saya lakukan hanya mempercayai kuasa gelombang.. Mungkin dia di sana juga teringat akan saya.. Mungkin..!!! I miss you...!

Bila rindu- rinduan itu, sampaikanlah rasa rindu melalui pelbagai medium yang tersedia selagi hayat masih ada. Pasti gembira hati sesiapa saja yang mengetahui bahawa kita merindui mereka. Andai tidak mampu atau berhalangan, sedekahkan al- Fatihah kepada mereka. Jangan lupa, berusaha juga untuk menyampaikan gelombang rindu itu!


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP