Thursday, September 17, 2009

kami tak sependapat! sedey lagi :(

ada sorang kawan.. tp aku selalu tak pernah sependapat ngan dia. bila tak sependapat rasa mcm nak bergaduh pun ada.. aku takmo gaduh ngan dia.. siyesss! sebab aku sayang kawan2 aku...  rela mengalah utk dia.. hurmm.. walaupun aku sebenarnya kecik ati ngan dia dan semua2 laaa...!! sobss..

makan hati lagi... :(

kadang2 aku rasa dier tak suke aku! instinc .. aku pecaya instinc aku! tp aku cuba menidakkan instinc aku... but but... tgk layanan dier dari hari ke hari.. amat menyedihkan dan buat aku jadi mcm org gila! aku sabar lagi ni.. and aku takut sampai satu tahap aku akan ckp terus terang.. dan masa tu... aku dah tau jawapan yang aku tak kan dpt jumpa dia lagi...!

selalu je aku yg cuba rapatkan hubungan.. even kawan2 lain yg bergaduh aku cuba damaikan... dan skang..  aku plak ada masalah dalaman.. takde sape yg dpt rapatkan hubungan bila hubungan aku dgn dia semakin renggang...

dunia tidak adil.. itu je yg aku tau! kite wat the best utk orang. .tp org tak boleh bagi the best utk kite! aku bukan mintak di balas segala apa yg aku dah buat.... tak pernah sama sekali... urmm...  tp tak kisah la.. janji kite dah jalankan tanggungjawab sebagai kawan sejati...dengan harapan.. dia akan ingat je segala kenangan bersama.. itu sudah cukup...! sobbs.. aku sedey... stiap ari sedeyy... aku nak balik Ipoh!!

kat sane aku bz.. jd aku kurang memikirkan masalah2 ni.. sobbs.. tolong la....

sobbbbbbbbbbbs.......

Read more...

Sunday, September 13, 2009

KAWAN BAIK...

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu

kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk

membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya

untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan

kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah

seorang ya! ng sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,

kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita

Read more...

Saturday, September 12, 2009

GELOMBANG RINDU


Kali ini mari berbicara tentang RINDU. Bagaimana hendak mengurus rindu? Adakah dengan menangis, termenung atau tersenyum? Mungkin ada yang mencari jalan menghubungi insan yang dirindui itu, menelefon, menghantar sms, memberi emel atau datang menziarahinya. Bagaimana kiranya semua itu tidak dapat dilakukan? Adakah perlu menjerit di luar tingkap atau di atas bangunan dengan melaungkan 'aku rindu padamu'?

Lucu bukan. Tidak mustahil juga ada orang yang sanggup tidur sepanjang hari mengharapkan dapat bermimpi orang yang dirindukan itu. Gila. Atau apa saja sebenarnya sanggup dilakukan untuk melepaskan rasa rindu itu.

Lumrahnya bila berjauhan, pasti rasa rindu akan hadir.

Apabila teringatkan seseorang, sampaikan rindu itu melalui perantaraan Allah iaitu dengan menyedekahkan al- Fatihah kepada beliau. InsyaAllah, beliau juga akan teringat akan kita. Begitulah juga, cara ini boleh diaplikasikan untuk sesiapa saja. Tatkala rindukan ayah bonda, sanak- saudara, jiran tetangga atau teman di desa, sampaikanlah al- Fatihah kepada mereka disamping mendoakan kebahagian mereka.

Saya percayakan kuasa gelombang. Gelombang yang bergetar membawa khabaran rindu dari hati ke hati biarpun berjuta batu nautika jarak antara keduanya. Sering saja bila saya menyampaikan rasa rindu yang teramat sangat kepada orang di sana melalui perantara sms misalnya, balasan yang diterima biasanya si dia juga sedang sangat mengingati diri saya pada waktu itu. Saya yakin gelombang rindu yang saya sampaikan itu lebih dulu tiba dari sms yang diterima. Atau mungkin juga rasa rindu yang saya rasa itu hasil dari gelombang rindu yang disampaikan oleh orang di sana itu. Subhanallah. Menarik bukan? Saya kadang2 malas nak hantar sms.. tapi rindu sangat kat kawan saya, apa yang boleh saya lakukan hanya mempercayai kuasa gelombang.. Mungkin dia di sana juga teringat akan saya.. Mungkin..!!! I miss you...!

Bila rindu- rinduan itu, sampaikanlah rasa rindu melalui pelbagai medium yang tersedia selagi hayat masih ada. Pasti gembira hati sesiapa saja yang mengetahui bahawa kita merindui mereka. Andai tidak mampu atau berhalangan, sedekahkan al- Fatihah kepada mereka. Jangan lupa, berusaha juga untuk menyampaikan gelombang rindu itu!


Read more...

Sunday, September 6, 2009

ENTRY NTAH APA-APA


aku sayang belog ni sebenarnya.. sebab nama dia dah sebati ngan aku..! even kat belog yang baru aku boleh je guna URL yang sama actually.. tapi aku takmo..! nanti menyusahkan je.. biarlah blog ni jadi blog untuk suka suka je... Just untuk testing2 layout baru..!!!

Untuk menulis artikel peribadi pun ok jugak kan??

takpe.. aku slow2 akan bangunkan semula blog nih!!!

:) bleh buat duit ngan nuffnang..! :)

ada masa nanti aku letak nuffnang kat blog ni jugak... :)

untuk waktu ni.. nuffnang aku baru bernilai RM48.60

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP